Turkiye Earthquake 2023

What we do

BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI - TURKIYE DAN SYRIA

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud telah melanda selatan Turkiye yang turut dirasai sehingga ke utara Syria pada awal pagi lsnin lalu.

emergency-icon
DONATE NOW

Ianya telah meranapkan puluhan bangunan di beberapa bandar dan turut menyebabkan kerosakan teruk di negara jiran, Syria.  Sehingga ini dilaporkan lebih 7000 orang maut, berpuluh-puluh ribu yang lain cedera serta beribu-ribu bangunan runtuh. Masih ramai mangsa tertimbus di bawah runtuhan bangunan. Angka kematian dijangka terus meningkat apabila anggota penyelamat menjalankan kerja mencari di timbunan runtuhan bangunan.  Wilayah yang terjejas adalah rumah kepada berjuta-juta pelarian, kebanyakan mereka tinggal dalam struktur sementara, kini mereka kehilangan tempat tinggal sekali lagi. Ditambah juga dengan cuaca yang sejuk dan dan salji yang turun. Keadaan ini sangat genting.  

Muslim Aid dengan rakan NGO kami di Turkiye, Hayrat Yardim telah berada di lapangan dan sedang berusaha membantu mangsa yang terjejas dengan bantuan penting seperti makanan panas, pek makanan, ubat-ubatan dan khemah. 

Kami memerlukan sumbangan anda untuk sama-sama membantu mereka yang terkesan di Turkiye dan Syria.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:
YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA
#CIMB: 8600 11 0850
#MBB: 5642 5858 6140

#muslimaid
#muslimaidmalaysia 
#emergencyrelief
#turkiyesyriaearthquake
#earthquaketurkiye