Fast2Feed

What we do

Donate Offline
  1. Cash need to be channel to Muslim Aid bank account:
    CIMB ISLAMIC: 8600 110 850
    MAYBANK ISLAMIC: 5642 5858 6140
  2. Please e-mail your details (NAME, IC NUMBER, PHONE NUMBER) and payment slip to:
    mail@muslimaid.org.my
    for our reference and “LHDN tax wave official receipt” (beyond request).
Fast2Feed

Hebatnya  bersedekah di bulan ramadhan

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (kurniaan-Nya) lagi Maha mengetahui.” Al Baqarah: 261


Ramadhan menjelma lagi… bulan yang penuh berkah di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah serta menjanjikan pelbagai keutamaan dan balasan bagi mereka seolah seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini.

Participate Now!
Abu Hurairah r.a. menyebut bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” Sahih Bukhari dan Muslim

Program “Fast2Feed” merupakan satu program yang mengajak anda bersama untuk membantu golongan yang memerlukan dengan cara anda menaja sejumlah wang (Pakej A, Pakej B atau Pakej C) bermula serendah RM60 untuk seorang asnaf semasa bulan Ramadhan.

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia sekali lagi mengajak orang ramai bersama kami menjayakan program Ramadhan ‘Fast2Feed’ kali ini dengan menyalurkan sebarang bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau sumbangan barangan bagi meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan yang terdiri daripada anak yatim, keluarga miskin, orang kelainan upaya, orang tua, ibu tunggal dan juga pelarian. ( Lihat carta jadual jelajah Muslim Aid sepanjang Ramadhan ).

Sejak tahun 2008, Muslim Aid telah meraikan lebih daripada 17.700 penerima yang memerlukan  di Malaysia dan Kemboja. Pada Ramadhan kali ini, dijangkakan lebih ramai lagi penerima akan dapat menikmati majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya serta barangan keperluan dan persediaan hari raya di seluruh Malaysia.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki,” (Saba’ [34:39])

Layari: www.muslimaid.org.my
Tel: +603 22 88 1996
+603 22 82 1996
Email: mail@muslimaid.org.my

Deposit langsung:
1- CIMB Bank –
Acct No: 8600 11 0850
( Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia )

2- Maybank –
Acct No: 5 64258 58614 0
( Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia )

3- Hong Leong Islamic –
Acct No: 3310 1000 717
( Muslim Aid Asia Sdn Bhd )

Pakej Tajaan Pilihan:

Pakej A : RM60 – Tajaan untuk berbuka dan duit raya untuk seorang asnaf.
Pakej B : RM150 – Tajaan berupa Pakej A + Food Basket untuk seorang asnaf.
Pakej C : RM200 – Tajaan berupa Pakej A + Sepasang baju raya untuk seorang asnaf.