Sejarah

history

 

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) adalah sebuah organisasi bantuan

dan pembangunan di bawah bidang kuasa Muslim Aid Asia (MAA), yang merupakan

sebahagian daripada rangkaian organisasi bukan kerajaan Muslim Aid International (MAI)

yang berusaha ke arah matlamat serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan dan

mendidik kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Yayasan ini secara rasmi diwujudkan pada tahun 2008 sebagai lanjutan kepada MAA, yang

ditubuhkan empat tahun sebelumnya sebagai cawangan Asia daripada organisasi induk yang

berpangkalan di UK.

Bukan politik dan bukan mazhab, Muslim Aid diilhamkan oleh nilai-nilai Islam dan

berfungsi dalam parameter Islam tanpa mengira agama, warna kulit dan kepercayaan.

NGO induk kami memulakan operasi pada tahun 1985 apabila beberapa pertubuhan

bantuan terkemuka British berkumpul bersama-sama untuk memberi respon terhadap krisis

kemanusiaan endemik di Afrika. Pada tahun berikutnya, MAI mengembangkan operasi

bantuan kecemasan terhadap konflik di Afghanistan dan Palestin dan banjir di Bangladesh.

Sejak daripada itu, NGO ini telah berkembang daripada organisasi kecil London kepada

organisasi bantuan terkemuka di United Kingdom, menyediakan program-program bantuan

dan pembangunan di lebih 70 negara di seluruh dunia.

NGO ini kini mempunyai pejabat pimpinan di London, Sydney dan Munich, dan cawangan di

Bangladesh, Kemboja, Dubai, Gambia, Indonesia, Iraq, Jordan, Lubnan, Bosnia, Pakistan, Sri

Lanka dan Sudan. Selain ini, yayasan ini juga bekerjasama dengan NGO-NGO lain.

Penubuhan cawangan Asia pada tahun 2004 bertujuan untuk menyediakan platfom dan

tertumpu untuk rakyat Malaysia berganding bahu dengan masyarakat dunia keseluruhannya

dalam menangani masalah kemiskinan dan penderitaan tempatan dan global yang berterusan

dan yang berulang akibat daripada bencana alam dan manusia (banjir, gempa bumi,

kemiskinan berleluasa, perbalahan sivil, peperangan dan lain-lain).

Penubuhan yayasan ini pada tahun 2008 seterusnya bermatlamat ini. Setahun kemudian

yayasan ini telah diberikan status pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

Malaysia (LHDN), dengan itu menyediakan potongan cukai bagi penderma yang murah hati.

Muslim Aid menberi perhatian khas dan keutamaan kepada anak-anak yatim, pelarian dan

orang-orang dipaksa pindah, masyarakat terperangkap dalam kitaran kemiskinan, dan mangsa

bencana sebagai benefisiari.