Fast2Feed

What we do

Fast2Feed

Hebatnya  bersedekah di bulan ramadhan

Bulan Ramadhan menjelma lagi.. bulan yang penuh berkah dimana Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang bersedekah seolah seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini, yaitu sedekah khususnya dibulan Ramadhan.

Participate Now!

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala berganda, kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterakan seluruh hidup kita.

Bersedekahlah walau sedikit dengan seikhlasnya, kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama.

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia sekali lagi mengajak orangramai bersama kami menjayakan program Ramadhan ‘Fast2Feed’ kali ini dengan menyalurkan sebarang bantuan samada dalam bentuk tunai atau sumbangan barangan bagi meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan yang terdiri dari anak yatim, keluarga miskin, orang kelainan upaya, orang tua, ibu tunggal dan juga pelarian. ( Lihat carta jadual jelajah Muslim Aid sepanjang Ramadhan ).

Sejak tahun 2008, Muslim Aid telah meraikan lebih dari 15,000 penerima  yang memerlukan dan pada Ramadhan kali ini dijangkakan 3,600 penerima akan dapat menikmati majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya serta barangan keperluan dan persediaan hariraya diseluruh Malaysia.

Jom, mari kita bersama Muslim Aid meraikan mereka yang kurang berkemampuan dibulan yang mulia ini.

Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Layari: www.muslimaid.org.my
Tel: +603 22 88 1996
+603 22 82 1996
Email: mail@muslimaid.org.my

Deposit langsung:
1- CIMB Bank –
Acct No: 8600 11 0850
( Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia )

2- Maybank –
Acct No: 5 64258 58614 0
( Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia )

3- Hong Leong Islamic –
Acct No: 3310 1000 717
( Muslim Aid Asia Sdn Bhd )

Pakej:

Pakej A : RM60 – Berbuka dan duit raya
Pakej B : RM150 – Taja baju raya untuk seorang anak yatim atau anak miskin
Pakej C : RM120 – Food Basket

Trek For A Cause is a challenging trek, usually into the high mountains. In 2014, TFAC will journey to the Everest Base Camp, Nepal from 12th September to 30th September. The journey will traverse over 100km of mountainous terrain in the Himalayas, reaching an altitude of 5364m (17598ft) at the EBC.