Kecemasan

emergency

Haiyan

Sama ada bencana buatan manusia atau semula jadi, ia biasanya akan berlaku pada masa yang tidak dijangka. Muslim Aid akan mencari dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terselamat.

Apabila sesuatu bencana berlaku, ia adalah keutamaan kami untuk memberikan bantuan secepat mungkin supaya penderitaan mangsa-mangsa yang terselamat tidak berpanjangan, dan juga untuk mencegah penyakit dan wabak daripada merebak secara berterusan dan secara meluas. Sebagai contoh, mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mereput dan ditinggalkan tanpa dijaga, boleh mencemarkan sumber air dan akan menyebabkan penyakit melalui air tercemar itu.

Muslim Aid mengikuti hal ehwal dunia supaya kita boleh bertindak segera dan pantas apabila berlakunya bencana, dan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh masyarakat dengan cara yang paling sesuai.

Dengan menderma kepada Emergency Relief (Tabung Bantuan Kecemasan) kami, anda boleh membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di seluruh dunia untuk mengurangkan penderitaan para mangsa dan meneruskan kehidupan mereka.

HELP THE LESS FORTUNATE!

EMERGENCY RELIEF