Muslim Aid akan menganjurkan program “Back2School” bertujuan untuk membantu anak-anak yang kurang berkemampuan dengan menderma kelengkapan persekolahan bagi sesi 2016. Program tahunan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban tanggungan bagi keluarga berpendapatan rendah dan merealisasikan impian anak-anak yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kelengkapan yang lebih selesa.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:
1) Akaun CIMB ISLAMIC BANK – 8600110850 (YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA).
2) Paypal & Kad kredit – www.muslimaid.org.my
3) Penyerahan secara tunai di pejabat muslim aid – 8-1-2, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kutipan bagi sesi persekolahan tahun 2015 berjaya mengagihkan kelengkapan persekolahan kepada 2500 kanak-kanak dari Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi pihak Muslim Aid di talian 03-22881996,

E-mail:  mail@muslimaid.org.my atau layari Facebook kami, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.