Back To School

Program ‘Back To School’ merupakan program tetap anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Program ini telah meraikan antara 300 – 500 penerima manfaat setiap tahun di seluruh negara.

Seiring dengan slogan “Mari Bersama Kami Menyinari Hidup Anak-anak Ini” , Muslim Aid berhasrat untuk merealisasikan impian anak-anak dari keluarga miskin, anak yatim dan pelarian yang kurang berkemampuan untuk memiliki kelengkapan asas bagi sesi persekolahan 2017 yang menjelang tiba.

OBJEKTIF
1.    Menjadi platform yang memudahkan bagi bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
2.    Mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi memdapatkan keperlukan asas persekolan sesi baru 2017.
3.    Memberi semangat kepada anak-anak yang kurang berkemampuan dengan menyediakan kelengkapan baru untuk terus menimba ilmu.

JANGKA MASA PROGRAM
19 – 30 Disember 2016

KUMPULAN SASARAN
Sasaran penerima adalah 350 anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan (miskin bandar) dan anak-anak pelarian. Dengan harapan bantuan ini dapat membina semangat anak-anak ini untuk cekal mengharungi hidup dengan menimba ilmu. Resit pengecualian cukai akan dikeluarkan untuk semua jenis sumbangan, kewangan atau barangan untuk program ini. No Rujukan: LHDN/01/35/42/51/179-6.6487 (berkuatkuasa 15.01.2009).

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin keterangan lanjut, sila hubungi kami talian pejabat – 03-22881996, email mail@muslimaid.org.my dan Facebook – https://www.facebook.com/YKMAM/